TPHProtect

Monday, November 28, 2016

SANTAU MINYAK MAYAT SIAM


Botol minyak mayat siam
seperti yg dijanjikan.... 
video / gambar kes rawatan 
tengok sendiri ja lah...








Friday, November 25, 2016

23/11/2016 SANTAU..



SANTAU MUNTAH DARAH

kejadian ini sebenar2 nyata dan semua saksi2 yg terlibat
pon boleh mengesahakan kesahihan pekara2 pelik yg jadi....

ada video nak share kat korang kes dua tiga hari lepas 23/11/2016
dijemput ke satu kampong terpencil kat kemaman terengganu 

tunggu tok upload lagi dua tiga hari lagi
nah gambar layan2 penyedapnya suasana dulu


burung bayan muntah darah dan mati sejurus lepas ganti pesakit
*untuk maklumat tuan2 burung ini di seru dan hadir di hadapan saksi keluarga secara ajaib bila tiba2 semasa atok hitam mendapat alamat supaya salah seorang keluarga pesakit bawa tok ke masjid berdekatan...bisikan juga mengatakan...
 "kena ambil nyawa jugak tuk ganti nyawa,hat ni santau berat"





*mengikut kaedah melayu lama jasad "pengganti" akan dikapan dan ditanam
untuk mengelirukan pihak musuh yg buat santau ni... 
khadam jin tersebut akan meninggalkan jasad pesakit waktu kebiasaannya selepas maghrib


 menjelang selepas waktu isyak proses "lacak tangkai" atau mencari dan mengeluarkan
bahan sihir yg ditanam dimulakan oleh tok...
beras pulut berkunyit,pisang emas,telor ayam kampong dari 3 ibu berlainan digunakan sebagai umpan mengeluarkan tangkai tersebut....
taikai hanya sisa2 bahan sihir yg masih aktif disekitar kawasan rumah pesakit..


masa tok tam tengah jampi dan bakar kemian real boleh dengar "BENDA TU" JATUH dan BERLARI2 kat atas bumbung rumah woooo... kecut gak semua kat dalam rumah...kohkohkoh
macam dalam film2 hantu wei...kohkohkoh


Endinggggg.....



TOLONG JANGAN KECAM TOK...KOHKOHKOH
tok dah letih menaip...dah la aku tak pandai sangat taip2 ni...
so kita sambung besok ja la cerita ni...nanti senang kit tok uploadkan sekali dgn bukti2 video ka korang...
tengok sendiri lah
malas panjang2......kohkohkoh......


Monday, November 21, 2016

UJI BAKAT SPONTAN


uji bakat spontan

hidup ni macam malam dan siang
macam hitam dan putih
kadang-kadang kita test org...
kadang-kadang tu kita lak kena test....lumrah tok moh la..

ni salah satu kejadian terkini,sorang kenalan baik tok...
orang senang dan berada kat kl...kami jarang jumpa sebab masing2 "makhluk sibuk"..
tapi tiba-tiba ja dia tipon tgh malam mintak jumpa dia kat sana...
katanya "aku terdesak dah sangat...!,"
dekat sejam lebih teresak2 mengadu,kata sejak dua bulan kebelakangan ni 
family dia semua tak ok..business dia pulak tiba2 down sampai tahap tak masuk akai
puas cari sebab tapi tak jumpa2 gak
  kebetulan tok pon memang kena turun sana ada janji dengan
sorang kawan kenduri kahwin anak dia kat sana..
jadi sekali singgah kat dia...


sampai2 turun ja dari kereta tak sempat nak masuk rumah 
terus terperasan "benda tu" kat ubun2 dia...
hahahahaa dapat dahhh tang mana hang sembunyi...

"cakap banyak kita tak pandai
jom bok keluar teruih la senang"
  pendek cerita lepas kena belasah dgn air tawar,beras kunyit dan kemian akhirnya tercabut gak 
tangkai keris kecik ni..
kohkohkoh...jangan main acilot sembunyi ngan tok...tok paling terer kecik2 dulu...
sekali sembunyi balik terus rumah...kohkohkoh
pendek ceritanya...
nah gambar tok share kit kat korang....




nama keris ni "keris lidah ayam"
asai-asai benda ni untuk buat pagar diri,berjudi dan penunduk lawan jenis tapi 
dapat kat setengah tok moh depa "kalih pasong" barang yg sama tu bawak sial 
kat org...

kes ni tok dh settelkan.alhamdulillah dan keris kontot power ni tok offer kat tuan punya badan kalau2 dia 
nak ambik BUAT TUAH KAT DIA tok leh tolong jadikan....
tapi dgn pantas dan terbeliak biji mata dia tolak,dia kata "tak yah la tam oiii,
aku tak berani nak jaga benda2 macam ni,kita ni jenis tak lekat setempat,kita org sibuk...so ambik la kat hang simpan"

dapat free kat tok...kohkohkoh
 sampai sini dulu
nanti kita sambung lagi pengalaman tok ngan semua
tok pon sibuk  nak ke terengganu malam ni
 salam

RAHSIA HULUBALANG SILAM




Pegang rahsia pakaian umat.
Pegang barang jadi hikmat.
Pegang ilmu jadi keramat.
Pegang petua langkah selamat.

yang asli masih tersembunyi...
belom berhajat untuk di buka kepada umum lagi...








SALAM PENGENALAN


SALAM PENGENALAN DARI TOK HITAM


Nak cari yg asli zaman sekarang memang susah... dah tak ramai dah macam yg hat ni...
yg tua2 semua pakat mati habih dah.. kalau ada yg tua2 masih amal pon sembunyi2 sebab tak mau kena kecam dgn anak cucu...maklumlah mengaji universiti sampai luar negara..tui tak termasuk pelbagai pihak yg sememangnya pandang serong kemampuan ilmu lama warisan tok nenek kita dulu ni...
Tapi ketika terdesak/darurat dulu group2 nilah jugak yg keluar pertahan agama,keluarga dan tanah air dgn seikhlas hati...sepenuh jiwa gara depa2 ni berjuang selamatkan ahli keluarga sahabat-sahabat kampong dan berjasa pada tanah air....namu tak dak sapa kenang jasa-jasa yg mereka lakukan....
merekalah "WIRA YG TAK DIDENDANG"
NAMUN ILMU PETUA DAN AZIMAT TINGGALAN MEREKA TAK PERNAH HILANG...
kepada segelintir pencinta yg masih tercari-cari..
nah tok buka sedikit ja dulu rahsia-rahsia ni buat salam perkenalan...


ILMU KHADAM / ILMU JIN PELIHARAAN 

ilmu pakaian org tua2 kita dulu kala...
senang cakap ini ilmu induk kepada ilmu2 lain yg lagi pelik2
*kebal
*pengasih
*pagar sawah dan rumah dan segala macam2 lain2

memang sedap guna "benda" ni
tapi kalau silap guna akan jadi saka yg sangat menyusahkan..
tak disarankan ambik ilmu ni 
NI AKU SEKADAR NAK KONGSI KAT HGPA SEMUA KAEDAH MEMBELA YG ORI PUNYA...
DAH TAK RAMAI TAU KAEDAH POWER NI...hahaaha


ni tok share sikit ja gambar-gambar masa tgh "Seru"...


Haaaa.....tu TOK share sikit ja bukti tuk tatapan jamu mata anak cucu semua...  
"dia" dah mengadap macam pengantin berkelubong siap sedia nak bertuan dan berkhadam....
sayangnya hat ni jenis pompuan muka tak berapa cantik..tapi kalau nak jadi bomoh kot dalam kampong yg ni pon kira lepas dah....kohkohkoh....
ko dapat awek tengkorak ja cu...

cukup disini sebagai pengenalan...
kang tok boh yg lagi extrim ada kena kecam dan yg tak lena kot malam ni...
kihkihkih

-Salam misteri dari Tok Pawang Hitam-




Saturday, November 19, 2016

PERUBATAN PAWANG HITAM

Blog Perubatan Pawang Hitam ini ditubuhkan bertujuan untuk membantu mereka yang mencari alternatif perubatan yang original (asli) melalui pelbagai tradisi dan suku dari melayu lama, siam, indonesia dan orang asli tanpa sebarang penipuan atau helah. Perubatan Pawang Hitam menyediakan perubatan dari segala masalah-masalah melibatkan gangguan alam ghaib, jin ,puaka,bunian,hantu-hantu belaan dan ilmu tuju-tuju. kami juga membuat permaharan bagi urusan jual beli barangan antik, barangan berkhadam untuk pelbagai tujuan seperti pengasih, pagar diri, tempur, perjudian dan sebagainya.