TPHProtect

Sunday, November 12, 2017

SIHIR,TANAH ORG MATI KEMALANGAN...

SIHIR,TANAH DAN MAKHLUK NGERI

Dijumpai bahan dalam bentuk bunjut berisi tanah dan di balut dgn kain.Tempat dijumpai didalam laci tuan rumah sendiri(sebelom tu tuan rumah sendiri yg dh chek banyak kali memang tiada disitu).berlaku gangguan dimana penghuni lihat dgn jelas kelibat makhluk seperti manusia yg amat menegrikan.
bahan telah berjaya dilupus..

*gambaran posisi barang di jumpai

*barang sihir


alhamdulillah....
- barang telah pon tok lupuskan,rumah telah di pagar dan kes selesai -

010-8921592 - Tok pawang 
untuk sebarang masalah gangguan makhluk halus di rumah anda..kita cuba ikhtiarkan.

Friday, November 10, 2017

RAWAT PESAKIT 3 hari berturut.ya memang meletihkan


RAWAT PESAKIT
satu urusan yg sangat meletihkan

3 hari berturut2 tumpu pesakit badan pon dh lesu..Kalau boleh rasa nak baring tidur lepas letih sekejab..Macam2 cerita kita dengar macam2 masalah kita hadap..demoga allah permudahkan segala urusan org sekeliling kita...
sepanjang 3 hari ni ada beberapa kes yg menarik jugak nk kongsi dgn semua,cuma masa nak menulis di blog untuk sekarang ni agak terhad..tapi insyaallah... jika berkesempatan tok cuba jugak semampu yg boleh..
antara kes2 menarik minggu ni  ialah : 

- tanah mayat org excident
-kaedah nujum pak belalang (scan sampai keluar muka da..)
-kupas kejadian lama pesakit,siap dgn detail umur dan kejadiannya-sungai petani
dan beberapa kes lagi...
insyaallah jika sempat tok cuba masukkan mana2 gambar dan video yg ada yg depa ambil semasa proses rawatan tu nanti..

doa semoga dipermudahkan...
amin

TAKZIAH MANGSA PENANG BANJIR.


BANJIR PULAU PINANG


Baru-baru ni kita di kejutkan dgn kehadiran bencana alam yg telah melanda negeri pulau pinang dan kebetulan tok jugak ada kerabat dekat dan sahabat sahabat yg masih menetap di sana...rata2 rumah mereka pon kena tempias naik air,ada yg sampai paras dada pon ada.
kalau tak salah dah dekat2 20 tahun lebih jugak kot rasanya air tak naik macam ni...
ada sebahagian kawasan tu air naik dgn cepat sampai tak sempat nak selamat apa2 barang,tambahan air laut pasang dan time kejadian pulak dh jam 1 pagi.Masing-masing "LENTOK TIDOQ",jadi mana la sempat nak selamat semua barang... tumpu hanya yg penting2 saja lah..
namun walau macam mana sekali pon tok bersyukur kerana rata2 penduduk pulau pinang selamat dan bencana ni tak terus melarut berpanjangan... alhamdulillah

Di kesempatan ini tok nak ucapkan takziah atas semua penduduk pulau pinang atas saat2 sukar serta segala kehilangan harta benda dan nyawa yg terpaksa mereka lalui..sesungguh nya dugaan yg allah beri pasti ada hikmah di sebaliknya..
sentiasa mengambil sikap positif dalam melihat masa depan kehidupan kita.

Ingatlah.!
sesungguhnya...

"ALLAH SAYANG HAMBA2 NYA BERSABAR DAN TABAH "

-Tok Pawang Hitam-

Tuesday, November 7, 2017

BELAJAR ILMU ALAM SEBELAH.


BELAJAR ILMU ALAM HALUS




Macam biasalah setiap awal bulan jika tak naik bukit tok akan turun kl untuk ubatkan pesakit tapi kebetulan kalini teserampak pulak dgn anak2 murid sahabat baik tok (panglima farhan) dari batu pahat..depa ni kenai baik dgn tok sebab tok penah turun gelanggang tok guru depa di batu pahat,mandi dan pelimau budak2 ni semua.Jadi sebelom sempat tok hilang depa dah melompat keluar kereta mai peluk tok siap mintak ikut depa dan singgah bermalam di hotel depa malam tu.kalau nak diikutkan tok memang ada urusan perlu di selesaikan, tapi budak2 ni pujuk jugak ajak tok bermalam dgn dia org semua alasan teringin sangat nak belajar ilmu alam halus dan nak cuba pengalaman bedepan makhluk2 ni.Akhirnya tok buat keputusan rehat saja rawat pesakit malam tu dan buat aktiviti dgn bdk2 ni semua.

"Ni kira rezeki diaorang lah..untung terjumpa tok tepi jalan saja terus dapat peluang belajar..hahahaha"

jadi nak diringkaskan cerita lepas kami selesai makan malam bdk2 ni pon ajak tok gi BUKIT TUNGKU..katanya ada banglow lama dan hutan yg sesuai nak buat projek tu... kita pon ikut saja la..hahaha
sampai saja di satu sudut puncak bukit tu ada kawasan hutan dan semak samun serta di balik sebelah ada logi kumbahan..hutan tersebut kira BOLEH TAHAN jugak lah...koh koh koh

 so dah korang nak sangat bejalar kaaaan...
 tok pon mulakanlah proses pembakaran kemian untuk jemput saka puaka penunggu atas bukit tu..dengan angin sejuk pukul daun2 kayu keliling tambah bunyi anjing salak sayu2...tiba2 sorang dari mereka cencel tak nak teruskan dgn alasan "tak pa lah tok..kita bagi kat kawan2 lain sajalah,saya nak temankan tok..risau jadi apa2 kat tok...kikikih" 

nak teman tok atau hang dah tuutttttt....ada2 ja akai cerdik budak ni..hah hah hah

tanpa berlengah tok teruskan jugak baca jampi pemanggil lalu turun la "si lembai angin" org saka beradap...
DARI CELAH2 POKOK BESAR KAT SITU DENGAN JELAS SEMUA DEPA LEH DENGAR TOK AWANG NI BEJALAN PIJAK RANTING2 KELILING kami....PRAPP..PRAPP..PRAPPP seram campur terkejut confirm ada kan...hahahahahah
lalu tanpa berlengah tok panjatkan niat tujuan supaya dia bawak penunggu bukit tersebut untuk uji ilmu budak2 ni..
lepas 10 minit tok bawak budak2 ni ke tempat berasingan... duduk jauh dan sorang2 ok.. macam mana pon tok rasa respect jugak lah pada budak2 ni kerana sampai tahap ni depa bertiga ni masih mampu bertahan..kebiasaaan nya ramai yg dah CABUT..ada yg beri SALAM PENAMAT kat tok pon ada...

namun malangnya..

masing2 sempat rasa bertafakur selama kurang lebih 20 minit saja kerana tiba2 hujan lebat turun beserta angin kuat pon berlaku...memandangkan masing2 tak buat persediaan lebih rapi jadi tok batalkan saja upacara atas faktor2 keselamatan..lagipon tok bertanggung jawab jika apa2 jadi pada mereka..sedang mereka masih di peringkat mula untuk teruskan mendalami pengetahuan alam2 halus ni.. lagipon sekarang banyak jugak terjadi kejadian tanah gelongsor dan lokasi yg kami duduk tu pon kelihatan macam kurang selamat..

walau bagaimana pon masing2 mereka sempat merasa pengalaman berdepan situasi aneh dan pelik dari makhluk alam sebelah...masing2 balik dgn pelbagai rasa dan cerita sendiri...

TAHNIAH TOK UCAPKAN
nanti kita bawak gi tempat yg betul2 puaka besar yer
 dan di bawah ni tok selitkankan beberapa keping gambar kenangan buat semua pembaca blog tok
semoga terhibur..

-terima kasih-
*kemian hitam

*panggil mendayu dayu...

*time tok awang besar datang dan kedengaran tapak kakinya pijak ranting keliling kami..



"Asal bayang hitam berkilat,
bayang kau hitam kuning,
si lembai angin datang melayang,
yg tidur aku tarik kening,
yg jaga aku panggil datang
jangan kau bantah aku hai si lembai angin
ini kemian bunga aku pecah2
buat.... sampai habis

nota : petikan jampi sekadar pengetahuan umum dan kajian...jangan di amalkan