TPHProtect

Monday, October 30, 2017

PAWANG BUAYA


AL-FATIHAH KEPADA PAWANG BUAYA MUARA JAWA ULU 



*Pekerjaan sebagai pawang kadang2 terpaksa 
mengambil risiko walau dgn nyawa sendiri..

tambahan melibatkan haiwan bernama buaya..haiwan ni mampu hidup lebih 100 tahun sekaligus menjadikannya antara haiwan yg tahan lasak serta licik lagi bahaya...
 Dalam beberapa kes tak kurang juga haiwan ini menjadi kegemaran bangsa halus untuk dijadikan haiwan peliharaan mereka..itulah sebabnya juga ada beberapa LAGENDA BUAYA GANAS YG SUKAR DI JEJAK DAN DI BUNUH walau sudah beberapa kali berjaya membaham manusia..kedengaran seperti kurang masuk akal..TAPI YA.! KERAP KALI DI AKUI OLEH BANYAK PIHAK KETIKA OPERASI MENJEJAK HAIWAN INI BERLAKU KEJADIAN2 ANEH YG TAK DAPAT DI TAFSIR AKAL seperti tak lut di tembak dan mampu menghilangkan diri dgn  pantas walau dalam keadaan terkepung sehingga membawa kepada penglibatan PAWANG BUAYA untuk membantu..


oleh itu masyarakat melayu meletakkan penghargaan yg tersendiri bagi 
khidmat pawang buaya

*sekadar hiasan

mengikut kepercayaan ilmu melayu lama buaya mampu mendengar serta faham perbualan manusia di darat dan di tebing sungai.."tambahan jika jampi2 pemanggil menyerah dibaca di dalam air"
mereka tidak menyerang manusia kerana terikat dgn "larangan" kecuali benar2 terdesak atau berdendam saja..
buaya yg makan manusia jugak selalunya akan jadi "gila mempunan serta gemar menjamah lagi daging manusia setelah sekali merasanya.."kerana itu buaya yg telah membaham manusia perlu diseru dan dihukum atas kesilapan mereka...

*sekadar hiasan

Sesungguhnya alam mempunyai hukum dan persefahaman antara sesama makhluk.Persetujuan serta keseimbangan dalam menjalani tata kehidupan jugak perlu di pertahankan...

walau apa2 pon khidmat sebagai pawang buaya tak semudah yg di anggap masyarakat.
  
bak kata pepatah tua2 dulu 
"yg main ular..kalau tak berjaga2 ular jugak boleh bagi tamat persembahan"


akhir kata pesan tok kepada semua :
Sentiasa beringat2 lah sekalian sahabat sealiran sekalian
"walau sebanyak mana makhluk2 ni dh berjaya kita takluk 
akan ada jugak satu yg KHIANAT PERJANJIAN DGN KITA"

berhati2 lah dalam menjalankan tugas pada masyarakat dan

alfatihah pada mangsa yg terlibat..

-wallahuaklam-


Tok di talian 010-8921592
untuk sebarang ikhtiar & bantuan

No comments:

Post a Comment