salam mistik salam misteri buat semua pembaca blog tok pawang hitam kalini tok ada sedikit kesempatan untuk di kongsikan dgn semua... kita berbual tentang ilmu org dulu dulu kala dalam menyelesaikan masalah gangguan dalam rumah....antara banyak hal yg di amalkan mereka salah satu yg amat terkenal adalah kaedah merembas @ perembas..
kaedah ini amat popular dan hampir semua perawat bomoh dan pawang menggunakan nya..dan macam macam bahan di gunakan untuk kaedah ini contohnya garam kasar,kacang hijau,air garam/tawar, beras pulut kunyit dan macam macam lagi.. bagi sesetengah masyarakat dunia ada bahan yg lebih ekstrem lagi di gunakan seperti air cuka,pukulan menggunakan ranting pohon berduri,abu tulang dari haiwan tertentu.. namun adalah lebih sesuai dan memadai lah dgn kaedah org lama2 nusantara kita yg hanya memggunakan garam atau besar kunyit..
tujuan perembas dilakukan adalah bagi mengusir serta menghalang ganguan makhluk halus di tempat yg didiami oleh kita.
menurut kaedah perubatan melayu lama walaupon makhluk itu berasal dari alam yg berlainan namun sering dapati mereka mendatangkan gangguan pada kediaman kita.oleh kerana itu ia perlu di usir segera kembali ke alam nya..
dan disini datok berbesar hati untuk kongsikan secebis ilmu ringkas ini bersama anak cucu sekalian dan ini hanyalah sebagai salah satu bentuk kajian serta pengetahuan umum semua,terpulang kepada penerimaan masing..niat datuk adalah supaya nanti kaedah unik ini tak mati serta hilang di telan zaman...
bahan asas : beras kunyit / kacang hijau / garam kasar 5-7 genggam
air tawar atau sesuai juga air hujan jumaat malam yg di tadah di wadah tak pernah berisi daging bernyawa (wadah baru)
kunyit serbuk 1 sudu
talam -tembaga merah dan lama lagi baik
kain kuning putih hijau tua panjang 2 jengkal x 2
langkah pertama : ambik beras di semak atas talam bagi rata... usap dgn tangan perlahan2 pusing lawan arah jam beberapa kali sambil selawat atas nabi..
selesai selawat ambil airtawar tadi dan tiupkan beberapa kali selawat lalu semburkan air tersebut ke permukaan beras,biarkan beras separuh basah...
ambil kunyit lalu genggam di tapak tangan dan letak di dahi... niatkan sebagai perembas makhluk halus yg mengganggu...tiupkan kunyit tersebut ke permukaan beras tadi sehingga habis dan ayak beras sampai teradun dgn kunyit semuanya...terdapat juga segelintir perawat yg mengcampurkan nya dgn kemian namun pada datok memadailah kunyit sahaja sudah cukup...
bawa permukaan talam dan jemur bawah terik matahari dari jam 8 pagi sampai tepat tengahari 12 sehingga kering... sesudah itu pungut beras tadi masukan di 3 lapis kain dua jengkal tadi dan simpan untuk kegunaan bila perlu..
sekadar perkongsian tambahan :
bacaan ketika perembas
"hai semangat sebarang semangat aku tawar engkau dari kawasa ini...jauh engkau dari tanah anak cucu aku,aku sumpah engkau dgn padinya wan malini,wan empok jika kau tak jauh binasa lah engkau dan seluruh keturunan engkau.
*ilmu di atas adalah sekadar untuk kajian umum sahaja...
terdapat beberapa jampian lama yg tidak datok dikongsikan disini atas maslahat umum... cukup lah sekarang kajian anak cucu di belakang hari...
wallahuaklam
No comments:
Post a Comment