TPHProtect

Monday, March 30, 2020

PETUA DEMAM SAWAN TARIK.

HERBA TRADISI 
(CEGAH SAWAN TARIK DAN DEMAM)


Situasi sekarang tak di nafikan sangat memerlukan kita semua kekal sihat dan terhindar dari penyakit.Oleh itu datok ingin kongsikan satu kaedah cegah/pulih sawan tarik dan demam panas yg selalu di praktikkan oleh org tua2 kita di kampong dahulu.

1 - Daun Nona (Nona sekaya).
2 - 1 baldi air berisi penuh.

LANGKAH PERTAMA
Petik daun Nona tersebut beberapa ranting dan koyak/ramas kan nya kedalam baldi berisi air penuh.Waktu yg terbaik petik daun Nona ini adalah sekitar jam 5ptg keatas (selepas selesai solat asar).

LANGKAH KEDUA 
Biarkan daun rendaman tadi di dalam baldi sekitar 1 jam atau lebih (dahulu datok tnggalkan semalaman) sehingga naik merah air nya.

LANGKAH KETIGA
Bawa pesakit dan mandikan nya dgn air rendaman sambil gosok tubuhnya menggunakan daun Nona tersebut sampai selesai.(waktu terbaik mandian ini adalah ketika peralihan waktu malam ke siang,terbenamnya matahari ataupon menghampiri waktu maghrib).

*sepanjang proses bolehlah dilakukan dgn selawat dan di awali dgn bismillah serta doa2 kesembuhan yg ma'sthur.

*Daun Nona Sekaya.

saksikan video ringkas.


No comments:

Post a Comment