SEPANJANG MENGUBAT ORG TAHUN LEPAS LAH BLOG NI PALING SIKIT DI UPDATE.
Kadang kita dok tumpu lebih kat kerja rawatan sampai terabai penulisan blog.kasihan rakan-rakan yang nak tahu cerita semasa.
banyak jugak pekara yg berlaku sepanjang tahun lepas,dari rawatan pelik-pelik,kes yg berprofile dan libatkan golongan tertutup sampai lah permintaan yg lawak pun ada.Ada ketika kita juga di duga dgn pesakit yg datang dari pelbagai ragam.Yang menangis bercerita yg ketawa tiba-tiba,yg datang takut dan terus balik pon ada,macam-macam pengalaman.kunci semua hal ini kita hadapi dengan sabar.
Apa yg boleh datok katakan YA MEMANG masyarakat kita perlu kepada semangat berjuang yg tinggi untuk terus tempuh kelangsungan hidup.keseimbangan pemikiran dan tindakan menjadi amat penting supaya kita dapat buat keputusan TEPAT dalam hidup.Cabaran kehidupan dan masalah juga jelma dalam setiap lapisan kehidupan.Dari anak-anak kecil sampai org tua.
Satu nasihat serta pesanan IKHLAS datok "GENGGAM LAH KESABARAN DIRI" sekuat-kuatnya,tetapkan keyakinan dan jangan putus berdoa mengharapkan rahmat,petunjuk dan kasih sayang dari yg maha kuasa.
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENDENGAR,MAHA PEMURAH DAN MAHA PENGASIH.
Bagi pihak kumpulan perubatan tok pawang hitam Kami disini tetap setia membantu semampu yg ada dengan berbekalkan sedikit petua,nasihat dan doa mudah-mudahan masalah yg menjadi penyebab duka,bertukar kepada PENAWAR yg menyelesaikan serta tercapai nya permintaan hati dan terkabulnya doa.
Akhir kata dari datok "SALAM TAHUN 2022.SELAMAT DATANG KEPADA TAHUN BARU YG PENUH CAHAYA DAN PELUANG YG MEMBAHAGIAKAN."
AMIN...
SELAMAT DATANG 2022
No comments:
Post a Comment